Kempen Wakaf Minyak Wangi Di Sekitar Masjid Shah Alam

RM25.00

Jom Wakaf Mewangikan Masjid!!

Firman Allah swt :

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٰلَهُمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنۢبُلَةٖ مِّاْئَةُ حَبَّةٖۗ وَٱللَّهُ يُضَٰعِفُ لِمَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui

(al-Baqarah : 261)

Kempen ini adalah bertujuan untuk menyediakan wangian yang terbaik di masjid- masjid sekitar Shah Alam dengan sasaran 400 botol wangian ‘Humane’ yang menyegarkan.

Minyak wangi ‘Humane” adalah keluaran khas dari Syria Care. Semua keuntungan dari program ini akan disalurkan ke dalam tabung dana.

Justeru, semua adalah dijemput untuk berwakaf  bagi menjayakan kempen ‘Jom Mewangikan Masjid’ ini.

Bagi individu yang berwakaf pahalanya akan terus mengalir sekalipun pelakunya sudah meninggal dunia. Ini didasarkan pada hadits Nabi saw:

إِذَا مَاتَ اْلإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Jika manusia mati, terputuslah amalnya kecuali tiga: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau anak salih yang mendoakannya.

(HR Muslim, Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan Ahmad).

Imam al-Nawawi, dalam Syarh Shahih Muslim menjelaskan hadits di atas sebagai berikut: “Para ulama menyatakan, amal perbuatan orang yang telah meninggal dunia terputus dengan kematiannya kecuali tiga hal ini. Sebab, tiga perkara tersebut berasal dari usaha orang yang telah meninggal itu.

Sesungguhnya anak soleh termasuk hasil usahanya; demikian pula dengan ilmunya yang terus diajarkan atau dikaji setelah kematiannya; dan sedekah jariyah, yakni wakaf. Pahala doa akan sampai kepada orang yang mati, demikian juga dengan pahala sedekah.“

Jom sama-sama kita menjayakan kempen ini dengan jayanya!

Category: